Monday 9 April 2018

TERSALAH NOMBOR AKAUN MASA TRANSFER

Hi, Assalamualaikum.

Baru minggu lepas dapat gaji kan.. Tapi ada 'something happen' ni memang buat Eyda menggelabah (tapi steady) jugak la..

Kisahnya bermula camni.. Bila dah dapat gaji, maka duitnya tu berada dalam akaun CIMB. Tapi Eyda ni pulak nak transfer ke akaun sendiri iaitu akaun Bank Islam (BIMB). Maklumlah untuk saving la kan..

Jadi, pada hari Ahad minggu lepas dalam jam 12 tengah hari, Eyda buat IBG transfer daripada CIMB ke BIMB menggunakan ATM. Tak tahu lah kenapa masa tu gedik nak guna ATM kan, taknak guna CIMB Click pulak.

Mulanya tak perasan, sebab yakin dah double check masa tu nombor semua sama.. Masalahnya bila buat IBG transfer kat ATM ni dia tak keluar nama, so Eyda ni memang dah confident habis la.

Bila dah malam hari yang sama tu, Eyda nak transfer pula daripada BIMB Eyda ke kampung la pula kan.. Bila bukak aje Bank Islam biz tu.. terkejut la kenapa baki akaun ni tak bertambah. Pelik.. Pastu laju-laju tangan cari balik resit transfer tadi kat dalam tong sampah dalam bilik, nasib baik ada. Nah.. bila check balik rupanya tersalah satu nombor kat tengah-tengah tu..

Lepastu otak ligat fikir kena telefon call centre CIMB. Dah call, cerita masalah semua, customer service CIMB (yang perempuan) ni kata kena call BIMB pulak untuk check samada no akaun yang tersalah tu wujud ke tak.. Kalau tak wujud nanti wang tu akan dikreditkan balik dalam masa paling lambat 3 hari bekerja. Tapi kalau wujud katanya kena pergi buat laporan polis.

Lepas tu terus je hubungi call centre BIMB pula untuk semak samada no tu wujud ke tak, pihak BIMB tu cakap dia tolak permohonan Eyda, sebab Eyda ni kira third party, jadi kena CIMB sendiri yang rujuk BIMB.. katanya begitulah.

Makanya kena call CIMB balik, dapat bercakap dengan wakil yang lain pula (kali ni lelaki). Lepas cerita balik masalah tu, dia tolong checkan samada nombor akaun tadi tu wujud ke tak.. katanya tak wujud, alhamdulillah syukur sangat.. Jadi Eyda akan dapat balik duit tu dalam masa paling lama 3 hari bekerja.

Tapi alhamdulillah hari Isnin tu dapat mesej camni
 
Lepas tu check kat CIMB click, alhamdulillah selamat dah dapat balik duit tu.. huhu..


P/s: Lepas ni kalau nak transfer IBG, buat online je senang.. pilih instant transfer, sebab yang ni akan keluar nama penerima. So, tak keliru dah nanti.

Lagi satu.. kalau akaun yang biasa kita transfer setiap bulan macam akaun ma abah kita ti, kita starred kan aje. Senang nanti.


Moral of the whole story pulak adalah kita kena sentiasa berhati-hati.. Check betul-betul.. Check satu-satu.. jangan nak cepat aje.. haa kang dah jadi macam eyda ni susah nak kena call situ sini. Tu nasib baik akaun tu tak berpunya, kalau tak, tak ke lagi naya.. huhu..

K lah.. pesanan buat semua.. lepas ni berhati-hati k. K bye.

24 comments:

  1. Alhamdulillah dapat balik duit tu. Ana selalu masukkan favorite kalau memang tiap2 bulan transfer akaun yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tu la.. biasa memang feveret. Masa tu gedik nak buat kt atm.. haha

      Delete
  2. Alhamdulillah. lepasni perlu lebih berhati-hati ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. bila dah terkena lagi la lebih berhati hati

      Delete
  3. kenapa tknk tersalah no kat acc lisa je :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. agaknya kalau tersalah kat acc lisa dapat refund tak��

      Delete
  4. Bab transfer duit perlu berhati-hati. Berkali-kali baca nama penerima dan amount agar tak tersalah. Mostly semua akaun ada dalam list favourite. Alhamdullilah Eyda dah dapat duit balik :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..nasib baik akaun tak wujud. Kalau tak lagi leceh prosedur nak buat report pulak.

    ReplyDelete
  6. mmg kena berhati2...x kira laa sama ada di mesin or online

    ReplyDelete
  7. yes betul
    kena hati2
    kalau tidak banyak urusan kena buat nak dapatkan balik duit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. Lepas ni memang lebih hati-hati la

      Delete
  8. Fuh alhamdulillah dpt balik duit tu...

    ReplyDelete
  9. Klau tersalah tulis nama penerima mcm mana pulak..no akaun betul dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dapat selesaikan tak masalah ni? Sebab saya pun mengalami benda yang sama

      Delete
    2. Awak dapat selesaikan tak masalah ni? Sebab saya pun mengalami benda yang sama

      Delete
    3. Kalau salah nama, no akaun betul takpe. Biasanya kalau instant transfer, lepastu akan naik nama sebenar penerima

      Delete
  10. Kalau macam saya dah masuk no.akaun bank yang betul tapi nama salah... macam mana tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau salah nama, no akaun betul takpe. Biasanya kalau instant transfer, lepastu akan naik nama sebenar penerima

      Delete
    2. Kalau no akaun dan nama penerima dah betul cuma nama bank penerima trsalah klik pd bank lain mcm mana ye

      Delete

Terima kasih atas komen yang membina ye.