Saturday 19 January 2019

TERINGIN SANGAT NAK KE JEPUN

Teringin sangat nak pergi JEPUN!

Daripada dulu lagi Eyda teringin nak pergi luar negara, mengenali budaya baru di tempat baru. Negara yang paling Eyda nak jejak selain Mekah
dan Madinah adalah Jepun.



Kenapa nak ke Jepun?

Ada beberapa sebab yang membuatkan jiwa Eyda meronta-ronta nak ke Jepun, walaupun dikatakan kos ke sana tinggi berbanding negara lain.

1. Jepun terkenal dengan budaya disiplin yang sangat tinggi. Ye, Eyda suka orang yang berdisipin dan menepati waktu. Kalau kat nega kita, lambat 5 minit dikira masih awal, kat sana mungkin pertemuan tu dah cancel.

2. Budaya hormat-menghormati. Walaupun negara sana sangat canggih, tapi mereka saling menghormati. Teringin nak tengok macamana mereka tunduk hormat macam dalam drama kita tengok tu.

3. Kebersihan. Ye, walaupun Jepun bukanlah negara Islam, tapi budaya Islam ada kat sana. Toilet mereka mungkin lebih bersih daripada kedai makan kat tempat kita.

4. Pengangkutan yang canggih. Negara Jepun mempunyai keretapi yang sangat canggih, sama macam Korea. Menariknya, keretapi tu ada sampai ke kampung-kampung juga.

Seperti orang lain juga, Eyda teringin nak pergi dengan orang yang tersayang. Nak pergi dengan encik suami. Kalau boleh, nak bawak mak ayah dan semua adik beradik sekali. Tapi untuk permulaan ke negara orang ni, Eyda mungkin akan pergi dengan suami dulu.

Bab belanja, Eyda ambil langkah selamat, Eyda anggar dalam RM5k seorang. Bab bajet ni, biar lebih, jangan kurang kan?

Doakan Eyda dapat jejak ke Jepun  tahun 2022.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang membina ye.