Wednesday 23 January 2019

SITI KHADIJAH USAHAWAN YANG DERMAWAN

Nama penuh beliau adalah Siti Khadijah binti Khuwailid, merupakan isteri Nabi Muhammad.

Daripada kecil, beliaulah idola Eyda untuk menjadi seorang usahawan wanita
yang berjaya.

Beliau menjadi bukti bahawa tempat wanita bukan sahaja di dapur. Wanita juga boleh mencari rezeki.

Apa yang membuatkan menjadikan Siti Khadijah sebagai idola bukan sahaja kerana beliau merupakan usahawan yang berjaya dan kaya-raya, tetapi beliau merupakan hartawan yang dermawan.

Beliau antara yabg memberi sumbangan dalam perjuangan Islam, di samping menjadi tunggak kepada perjuangan Rasulullah.

Ayuh para wanita di luar sana, jadikan Saidatina Khadijah sebagai contoh untuk kita berusaha menjadi kaya dan menyumbang kepada agama.
Nota: Gambar Pasar Siti Khadijah di Kelantan yang diberi nama sempena Tokoh Saidatina Khadijah. Boleh lihat ramainya usahawan wanita di Pasar Siti Khadijah.

Nanti Eyda share profil lengkap Saidatina Khadijah pulak. Doakan Eyda rajin menaip.

Eyda Azman,
Bakal mentor anda.
Klik sini untuk tahu lebih lanjut tentang Shaklee


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang membina ye.