Wednesday 23 January 2019

HADIAH BUAT INSAN TERSAYANG

Gambar masa konvo UiTM bulan Mei 2017
Kalau nak balas jasa ma dengan abah kita, 1000 tahun pun tak mampu kita
balas. Betapa besarnya pengorbanan mereka daripada kita belum lahir sampailah kita dah besar, berjaya sambung belajar, dan kawin.

Eyda anak sulung daripada 13 orang adik beradik. Eyda menyaksikan bagaimana ma dan abah membesarkan setiap orang adik. Betapa setiap orang mempunyai pelbagai ragam, apatah lagi 13. Sesungguhnya memang takkan mampu nak balas jasa ma dan abah.

Apapun, Eyda teringin sangat nak bawa mereka berdua ke tanah suci, mengerjakan haji. Namun apakan daya, belum ada kemampuan.

Kena usaha lebih lagi. Doakan bisnes Eyda majubjaya dan dapat bawa ma dan abah ke tanah suci.
Gambar tanah suci ihsan google je, sebab tak pernah lagi sampai sana



No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang membina ye.