Wednesday 7 March 2018

Kisah Motivasi : Seorang Penebang Pokok

         Diceritakan pada zaman dahulu ada seorang penebang pokok yang mencari kerja. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, si penebang pokok ni minta kerja daripada seorang saudagar kayu. Diringkaskan cerita, dia berjaya mendapat pekerjaan tersebut. Bayaran dan pekerjaan yang diperoleh sangat lumayan. Oleh itu, dia berazam untuk melakukan yang terbaik. Majikannya memberikan sebilah kapak.


         Pada hari pertama si penebang pokok bekerja, dia berjaya menebang sebanyak 20 batang pokok. 

"Tahniah, teruskan usaha kamu", kata majikannya.

Rasa sangat termotivasi daripada kata-kata majikannya, dia berusaha dengan ebih gigih pada keesokan hari. Akan tetapi, dia hanya berjaya mendaptkan 17 baatang pokok. Pada hari ketiga, si penebang pokok berusaha dengan lebih gigih, namun dia hanya mampu menebang 12 batang pokok sahaja. 

         Hari demi hari berlalu,

semakin sedikit pokok yang ditebangnya.

"Mungkin kekuatanku telah hilang", fikirnya.

 Dia berjumpa dengan majikannya dan meminta maaf sambil memberitahu bahawa dia tidak faham kenapa perkara ini berlaku.

"Bilakah kali terakhir kamu mengasah kapak kamu?". Tanya majikannya.

"Asah? Saya tidak pernah mengasah kapak saya. Saya terlalu sibuk berusaha untuk menebang pokok"



Pengajaran

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar kejayaan sehingga kita terlupa untuk menambahkan softskill kita. Kita merasakan yang kita sudah berusaha sebaik mungkin. Sayangnya, kita terlupa perkara yang paling penting, iaitu softskill.


# kesimpulannya..jangan kamu pandang rintangan kat depan sebagai batu halangan, tapi pandanglah ia sebagai batu loncatan.

3 comments:

  1. Betul tuh...kita leka nak kejar sesuatu untuk capai kejayaan tapi kita tak improve softskill yg kita ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. kadang-kadang kita tak perasan benda-bemda kecil yang sebenarnya penting.

      Delete
  2. Setuju..cerita yang menarik :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang membina ye.