Monday, 29 October 2018

SALAH FAHAM KONSEP SYUKUR

Assalamualaikum, salam sayang semua! Semoga kita demua sentiasa dalam rahmat Allah dam semoga kita semua menjadi orang yang
bersyukur.

Tapi ramai yang faham syukur tu maksudnya terima segala sesuatu yang terjadi dengan bulat-bulat. Betul, syukur adalah bilamana kita terima apa yang kita ada. Walau bagaimananapun, Allah bagi kita akal dan jasad untuk kita berusaha ke arah lebih baik.

Sebagai contoh, orang yang lahir dalam keluarga yang amat miskin, mereka perlu bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah. Tapi adakah mereka kena terima bulat-bulat tanpa usaha? Sudah tentu tidak! Kita kena berusaha ke arah lebih baik.

Sebagaimana Alah berfirman dalam Surah Al-Anfal, ayat 53;

ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَىٰ قَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ ۙ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Nah, ayat ni menunjukkan kita kena berusaha. Bak kata pepatah Melayu 'rezeki takkan datang bergolek'. Maka, marilah kita semua berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik. Usah

Terima kasih kerana membaca.

Self Note,
Eyda Azman.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang membina ye.