Sunday, 20 May 2018

KENA RAGUT MASA TENGOK WAZE

Hi, assalamualaikum semua. Lama tak tulis entri. Harini Eyda nak berkongsi tragedi yang menimpa Eyda pada minggu lepas.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, salah seorang kawan baik Eyda ajak Eyda teman dia galeri seni (ye, dia budak seni). Masa tu ada 'opening' kat galeri tu pada jam 8 sampai 10 malam. Tapi kitorang
sampai lambat, dalam jam 9 malam lebih kurang. Tak kisahlah tentang tu kan.. Dan segalanya berjalan dengan lancar sepanjang pameran tersebut.

Setelah selesai melihat hasil seni dan bergambar dengan artis tersebut, maka tibalah masa untuk kami pulang. Untuk pengetahuan korang, kami ni merempit. Hehe.. Tapi Eyda sebagai pembonceng sahaja k.

Okay ni dekat suspen dah. Masa nak balik tu, kami buka la 'waze' untuk pulang ke rumah. Jakan nak balik pun lupa sebab kali pertama pergi kan.. huhu.. Sebagai penumpang atau pembonceng kat belakang, maka Eyda la tukang tengok 'waze'.

Lepas enjin motorsikal dah dihidupkan, kami bergerak pulang ke rumah berpandukan 'waze' yang Eyda pegang tu. Mula-mula semuanya normal, sehinggalah kami kami membelok pada kali kedua. Masa tu, banyak je kenderaan kat atas jalan. Tapi, semua kenderaan dalam keadaan perlahan sebab ada simpang kat depan.

Selepas itu, Eyda perasan ada sebuah motorsikal dengan dua orang lelaki berpakaian serba hitam kat sebelah kami. Tapi kami teruskan perjalanan dan menganggap itu biasa sebab atas jalan raya memang la ada banyak kenderaan termasuklah motorsikal kan.

Tiba-tiba, zassss!! telefon yang Eyda pegang, yang kami guna untuk tengok waze tu dirampas. Papp!! Dalam masa sekelip mata je telefon bertukar tangan. Allah, hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Eyda masa tu. Terbayang susah payah kumpul duit, berjimat cermat dan susah payah untuk membeli telefon tu. Sedih juga sebab baru je beli dan guna dalam masa 2 minggu.

Kawan Eyda terus berhentikan motorsikal. Dalam keadaan berdebar, Eyda cakap

"Na, dia ambil fon saya"

Kawan blur. "Haa, lepastu?"

Ya Allah, dia boleh blur
"Na, dia ambil fon saya na.. Kejar la"

Walhal dalam hati memang dah tahu tak dapat nak kejar pun. Tapi fikirkan yang kita berusaha dan Allah tal akan mengubah nasib melainkan kita berusaha. Sah! Memang dah tak nampak batang hidung mereka.

Eyda minta kawan Eyda teruskan perjalanan. Perjalanan nak smpai rumah kami dianggarkan dalam 30 minit juga. Seketika terfikir untuk buat laporan polis. Tapi, hasrat tersebut dibatalkan bila fikirkan yang dah tak boleh buat apa juga kan. Teringat pernah baca kat blog boleh track telefon melalui akaun google. Tapi, apakan daya. Simkad telah dicabut serta merta (sudah tak berjaya dihubungi) dan mungkin telefon pun sudah di'format'.

Dalam hati masing-masing bersyukur sebab kami berdua dan barang semua selamat. Hanya telefon sahaja yang diambil. Kami bermuhasabah. Setiap ujian yang kita dapat, setiap dugaan yang Allah bagi, pasti ada hikmahnya. Apakah hikmah disebalik kehilangan telefon teng baru sempat diguna dalam masa dua minggu? Wallahu a'lam. Hanya Allah sahaja yang tahu jawapannya. Eyda redha dan yakin dengan perancangan Allah.

Pengajaran juga untuk kami berdua supaya lebih waspada apabila keluar malam, tanpa lelaki. Mungkin peragut tersebut susah perhatikan kami dari galeri lagi. Segalanya mungkin. 

Sekarang, Eyda akan lebih berwaspada. Hendak melintas jalan pun Eya sudah tidak berani nak pegang telefon. Mesti dan wajib Eyda simpan di dalam beg. Berjaga-jaga. Wasapada. Hati-hati. Malang tidak berbau.

Semoga kisah Eyda akan menjadi iktibar buat semua pembaca, lebih-lebih lagi wanita.


P:s: gambar kat galeri tu tiada sebab semua ambil guna telefon Eyda, huhu

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang membina ye.